‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan
atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah
dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi
penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan
secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia
dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian
Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan
untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di
sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan
rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran
Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui
masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu
dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan.
Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca di
sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum
mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian Kementerian Pelajaran perlu
mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih
berkesan dan dapat dijalankan secara berkesan
• Membaca dan merekod bahan bacaan
Murid perlu membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan
mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, bilangan mukasurat, penerbit dan
sinopsis atau peta minda tentang buku yang dibaca ke dalam buku rekod.
• Mengesahkan rekod dan mengumpul data
Tugas guru adalah untuk mengesahkan serta menandatangani
rekod bacaan murid dan ia merupakan tanggungjawab semua guru di sekolah. Data
rekod hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada penyelaras
Pusat Sumber Sekolah atau guru penyelaras NILAM untuk dianalisa dan direkodkan.
Data pembacaan murid perlu dikumpulkan dan diserahkan kepada Pusat Kegiatan
Guru di kawasan sekolah tersebut untuk dipanjangkan ke Pusat Sumber Pendidikan
Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.
• Memberi Pengiktirafan dan Ganjaran
Sekolah dan semua peringkat Kementerian Pelajaran juga perlu
memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca dan
berusaha mengisi rekod bacaan mereka mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan
NILAM, misalnya dengan memberikan buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan
NILAM atau dinyatakan bilangan buku yang sudah dibaca dalam rekod kemajuan
murid dan sijil berhenti
Dipetik dan disesuaikan daripada :
No comments:
Post a Comment